Tuesday 29 March 2016

Menjadi Syabab Islam

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamualaikum semua~
Sudah masuk minggu yang keenam dah. Cepat masa berlalu. Nanti sedar tak sedar, dah masuk 22 April. Eh, ada apa pada tarikh tu??? Haa, meh mak Jemah nak cerita sikit. Macam ni, pada tarikh tu, 22 April sehingga 24 April, ada satu program ni, bestt sangat. Tengok poster pun dah ala-ala Superman. Program apa sebenarnya ni? Musykil betul. Jeng jeng jengg....


Menjadi Superr.... Syabab 








Uish. Menarik ni. Tapi macam dah tengok je poster ni pada entri lepas? Memang pun.Waktu tu eksaited nak uar-uarkan poster JM (jalinan masyarakat) kami. Maklumlah, projek mega pertama.

Jadi lah kan, timbul beberapa persoalan? Kenapa Syabab? Kenapa Surah Kahfi menjadi pilihan kami? Kenapa Syabab Kahfi iaitu pemuda-pemuda gua Kahfi? Apa yang istimewa sangat dengan pemuda-pemuda Gua Kahfi?



Haaa,,,, meh kami nak cerita. Apa yang korang tahu tentang surah al-Kahfi? Sunat baca pada malam Jumaat. Ok. Lagi? Hurmm, tu je? Sebenarnya, banyakkk sangat kisah-kisah dan pengajaran di sebalik surah al-Kahfi. Bukanlah surah lain tak banyak, surah lain pun banyak jugak. Bukankah al-quran itu sendiri mukjizat daripada Allah? :)

Haa, sebab itulah kena dan mesti datang program ni. Meh saya kasi klu sikit latar belakang kisah di sebalik surah al-Kahfi. Surah al-Kahfi mengisarkan tentang pemuda-pemuda yang lari daripada kerajaannya yang zalim demi menyelamatkan agama mereka, mengisarkan tentang perjalanan Nabi Musa berguru dengan Nabi Khidir, dan tentang Zulkarnain.



Jadi? Cerita tu zaman dulu. Apa yang kami akan dapat pengajaran daripada kisah tu? Islam pun boleh diamalkan secara bebas sekarang. Apa je yang kami dapat ambil pengajaran daripada kisah yang berlalu beribu tahun dahulu?

Haa,, sabarr. Sebab itulah kena datang program kami. Siapa kata kisah-kisah di dalam al-Quran tenggelam ditelan zaman dan lapuk? Al-Quran itu sesuai sepanjang zaman hatta surah al-Kahfi pun banyak yang kita boleh terjemahkan ke dalam realiti hidup sekarang. Antaranya? Jom daftar dulu baru kami cerita. :)
Lagipun, bukankah itu tujuan kami mengadakan program ni untuk adik-adik di luar sana?




Ok, dah banyak dah pendahuluan pasal program ni. Tak rasa tertarik lagi??? Jom kita tengok pula apa antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. Antaranya adalah:-
- memperbetul bacaan Al-Fatihah (bukankah al-fatihah itu syarat sah solat? Jadi mestilah diperbetulkan)
- Nilam dalam pasir (ni umpama explorace, kitorang mekap-mekap skit je nama tu, acah-acah hipster skit kee. huuu)
- Dakwatuna (selalu dengar teori berdakwah. Macam mana bila dalam bab praktikal?)
- Build our mission


... dan banyaaaaaaaaakkk lagi. Jadi kenapa lepaskan peluang? Jomm kakak abang, pakcik makcik, daftarkan untuk anak anda segera. InsyaAllah, dengan izin Allah, penyertaan ini bukan suatu yang sia-sia.

1 comment:

  1. Terbaeekkk mak jemah cite intro kem ni.jom2, pakat mai daftar reramai deh :)
    poster sye kasi 5 bintangggg

    ReplyDelete